TEKANTEKANTEKAN :)

Sunday, August 26, 2012

SEHITAM - HITAM MANIS



Assalamualaikum everyone!

Jumaat lepas ntah macam mana tergerak hati nak buat kek moist yang dah lama sangat heeda tak buat. untuk pengetahuan umum, kek moist coklat ni memang feveret heeda seisi keluarga suatu ketika dulu. memang kita akan buat atleast twice a month. tapi heeda dah lama gila tak buat kek ni since 3 years ago, atas kisah2 yang sadis yang rasanya tak perlu nak cerita kot. i'm over it. mihihi. so, dengan berbekalkan semangat yang ada, heeda pun beli lah bahan2 yang diperlukan untuk buat kek ni mengikut resipi yang mama bagi. tapi, heeda ade lah tambah beberapa bahan yang heeda suka mengikut cita rasa sendiri.

kalau korang rasa nak cuba, meh sini tgk resipi yang heeda rasa simple sangat sampai adik korang yang berumur 7 tahun pun boleh tolong!



1. Tepung Gandum. 1 3/4 cawan diperuntukkan. apa2 jenis jenama janji tepung gandum. tapi yang heeda guna ni memang famous dikalangan makcik2 berniaga sbeba harganya berpatutan. bahan utama ni so jgn lupa.


2. Gula Pasir. satu cawan.




3. Coco Powder. jumlah diperutukkan: 1 cawan sahaja. antara serbuk koko paling famous adalah Van Houten ni. sebab koko dia lebih umph bak kate chef wan.



4. Olive Oil. satu cawan sahaja diperlukan ye adik2. ianya adalah bahan utama untuk menjadikan kek tersebut moist.



5. Satu cawan Susu Segar. bertujuan untuk melembutkan kek. setengah orang suka guna susu cair. tapi heeda lagi suka susu segar sebab dia kurang manis sikit. maklumlah, orang tua tak elok makan manis2. hehe

6. satu cawan tepung penaik. ada juga yang guna serbuk berkarbonat. terpulang pada cita rasa masing2. tapi kalau guna serbuk tu, jangan la pakai satu cawan ye!



7. 2 biji telur dipukul (macam buat telur dadar tu). pakai tangan je ye! 



okay, bila semua bahan dah cukup, korang boleh lah campurkan semua bahan tersebut dalam satu mangkuk besar.




sesudah tu, campurkan dengan air panas, yang masih menggelegak. sebabnye, kita nak kena make sure bahan2 tersebut larut, termasuk minyak zaitun tu.



rupa kek tersebut nampak macam yang di atas ni lah. nampak macam cair sikit tapi jangan takut. memang tu sepatutnya rupa bahan2 trsebut.

heeda suka gila makan chocolate. sangat suka. so untuk org macam heeda ni, setakat bahan macam ni je memang tak puas rasa coklet nya. jadi heeda pun tambah lah lagi coklat cip.... coklat cip dimasukkan setelah bahan2 tersebut dibiarkan selama lebih kurang setengah jam (kalau masuk awal2 masa tengah panas nanti dia cair) .





kemudian, bahan2 tersebut digaul rapi dan dibakar dalam suhu 170'c selama 45 minit. (agak2 lah ye)


sementara tunggu kek masak, korang boleh lah buat topping untuk kek tu mengikut citarasa sendiri. so heeda as usual pilih chocolat topping dengan chocolate rice. cliche, but nak buat camne, tu paling senang. hehe




untuk topping, heeda pilih coklat masakan nona, dipanaskan dengan susu segar dutch lady pada suhu paling rendah... kemudian selepas kek dah masak, korang just taburkan je kat atas kek korang. :)



haa macam ni lah rupa kek heeda bila dah siap. cacat sikit lah,  ok la tu kan sebab dah lama sangat tak buat! mihihi. oh, please ignore kaki abah tersebut. buat2 tak nampak je lah ye!


selamat mencuba! :)



No comments:

Post a Comment